Sifat 20 adalah kaedah yang digunakan oleh ulama daripada golongan Asyairah dan Maturidiyah.Sifat 20 dibahagikan kepada empat yaitu nafsiyah salbiyah maani dan maknawiyah.
1.Nafsiyah yaitu sifat wujud.
#Menunjukkan kepada zat allah taala.
#Zat allah tidak sama dengan makhluk
#Akal tidak akan tercapai apabila memikirkan zat allah
#Fikirlah alam ini dan jangan fikir zat tuhan
2.Salbiyah yaitu qidam,baqa',mukhalafatu lil hawadis,qiayamuhu bi nafsi dan wahdaniyah
#Salbiyah adalah daripada perkara salbun yaitu ternafi.
#seperti sifat qudrah tuhan adalah wahdaniyah yaitu satu pada qudrah bukan dua atau tiga qudrah
3.Maani yaitu qudrah,iradah,ilmu,hayat,sama' dan basar dan kalam
#Maani adalah sifat yang betul-betul ada pada tuhan
#Terjemahan yang betul Qudrah adalah pekuasa.Kerana terjemahan berkuasa ada kata kerja bukan menunjukkan sifat.Sifat qudrah tuhan melakukan perkara mumkin.
4.Maknawiyah yaitu kaunuhu qadiran,kaunuhu muridan,kaunuhu haiyan,kaunuhu samian,kaunuhu basiran,dan mutakalliman.
#Sifat yang melazimi sifat maani
Kesimpualan disini adalah sifat allah tidak berbilang dan tidak bersusun.Tertib sifat nafsiyah,salbiyah,maani dan maknawiyah adalah atas jalan untuk belajar bukan sifat pertama tuhan adalah wujud.Mempelajari sifat 13 wujud sehingga kalam adalah pendapat yang paling kuat.Jadi marilah sama-sama belajar ilmu tauhid agar kita selamat di akhirat kelak.Kata imam ghazali tidak sah ibadat kecuali selepas kamu mengenal allah.Dengan kenyataan ini jelaslah bahawa ilmu tauhid adalah perkara asas dalam agama kerana rosaknya tauhid akan menyebabkan hilang semua amalan kebajikan yang telah kita lakukan.
Ulasan
Catat Ulasan